Nialaian nyawa seseorang bergelar Insan
September 22nd, 2007 by pooh-comelAlhamdulillah kerana sehingga hari ini Allah masih memberikan saya kesempatan utk terus hidup dan tinggal didunia yang sementara ini..
hari ini dh masuk hari ke-11 kita berpuasa. ayuhlah kita sama2 muhasabah balik diri kita, sepanjang 11 hari yang lalu, bagaimanakah atau ditahap manakah puasa kita. apakah hanya sekadar menahan lapar dan dahaga atau didalamnya terdapat perkara yang menyuburkan taqwa.
Selalunya bila Ramadhan dah lebih 1/3 berlalu, umat islam sibuk memikirkan persediaan untuk menyambut syawal. mana yang lebih penting? sambut Ramadhan ke sambut Syawal? sama2 kita fikirkan.
Disini saya nk sentuh sket ttg nilai nyawa manusia. Saya terpanggil utk memikirkan apakah nilain nyawa seorang yg bergelar insan pada hari ini setelah
beberapa hari mengikuti perkembangan kisah Allahyarhamah Nurin Jazlin. Seorang gadis kecil berusia 8 tahun yang belum sempat mengenali dunia yang sebenarnya dibunuh dengan kejam (penderaan seksual) dan mayatnya dimasukkan ke dalam beg sukan. Jerih payah ibu dan ayahnya membesarkan dan mendidik, akhirnya tanpa balasan, anak yang disayangi pergi meniggalkan mereka.
Sejauh manakah kita menilai nyawa manusia? adakah hanya ibarat nyawa seekor ikan atau seekor ayam yang sewenang2nya kita bunuh dan makan? dimana letaknya rasa kasih dan sayang sesama insan? hingga nyawa seorang anak kecil direntap bagaikan itu hanya mainan.

jika itu diMalaysia, saya ingin mengajak kita semua merenung sebentar nasib saudara2 kita nun jauh di Palestin. saudara2 seislam kita. nyawa mereka melayang sewenang2nya ditangan2 rakus musuh kita. pilu hati melihat masib mereka.
jika manusia hari ini dgn senang hati merentap nyawa manusia lain, kepada siapa mahu kita harapkan lagi untuk di wujudkan rasa kasih dan sayang sesama insan?…
renungkanlah sebentar…



